CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
โœ”
362K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Kesiapsiagaan Bagi Menghadapi Risiko Jangkitan Penyakit Nipah Di Malaysia
๐Š๐„๐’๐ˆ๐€๐๐’๐ˆ๐€๐†๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐๐†๐‡๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐‘๐ˆ๐’๐ˆ๐Š๐Ž ๐‰๐€๐๐†๐Š๐ˆ๐“๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐€๐Š๐ˆ๐“ ๐๐ˆ๐๐€๐‡
KKM sentiasa komited dalam memperkukuh langkah kesiapsiagaan negara bagi menghadapi risiko jangkitan penyakit Nipah, khususnya yang melibatkan potensi penularan rentas sempadan.
Kenyataan Media
Jabatan Kesihatan Negeri Johor
Kejadian Wabak Tuberkulosis Di Kota Tinggi, Johor
Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Johor @jknjohor
Batuk dah lebih 2 minggu tapi tak baik-baik juga? ๐Ÿ˜ท
Jangan ambil mudah! Itu mungkin salah satu tanda awal Tuberkulosis (TB). Penyakit ini bukan sekadar batuk biasa. Ia berpunca daripada bakteria dan boleh membawa maut jika tidak dirawat.
Kenali tanda-tanda lain:
~Demam berpanjangan ๐ŸŒก๏ธ
~Batuk berdarah ๐Ÿฉธ
~Hilang selera makan ๐Ÿฝ๏ธ
~Susut berat badan secara mendadak โš–๏ธ
TB mudah merebak melalui udara apabila pesakit batuk, bersin, atau berbual. Jika anda atau orang tersayang mempunyai simptom ini, segera ke klinik berdekatan untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal menyelamatkan nyawa!
#KKM #SihatMilikku #KesihatanAwam #MalaysiaMadani
๐Š๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ž๐ซ ๐“๐ข๐›๐ข ๐๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š

Penyakit Tibi (Tuberkulosis) ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis dan merebak melalui udara, terutamanya melalui batuk, bersin atau percakapan rapat dengan individu dijangkiti.

Kluster Tibi merujuk kepada kejadian 2 kes atau lebih yang mempunyai kaitan epidemiologi dari segi masa, tempat atau hubungan kontak, menunjukkan kemungkinan wujudnya rantaian transmisi yang sama. Kes indeks merupakan kes Tibi yang dikenal pasti terlebih dahulu dan menjadi fokus dalam siasatan dan kawalan wabak.

Di Malaysia, sebanyak 88 kluster dilaporkan pada tahun 2025 dengan 254 kes Tibi, manakala 35 kluster masih aktif. Sehingga 7 Februari 2026, sebanyak 10 kluster Tibi telah dilaporkan dan kesemuanya masih berstatus aktif, melibatkan beberapa negeri termasuk Selangor, Johor, Sabah, Kedah, Kelantan, Pahang dan Perlis.

Langkah Kawalan dan Pencegahan:
1๏ธโƒฃ Rawatan awal anti-TB untuk pesakit yang disahkan
2๏ธโƒฃ Saringan dan rawatan pencegahan untuk kontak rapat
3๏ธโƒฃ Pemantauan rawatan melalui Directly Observed Therapy (DOT)
4๏ธโƒฃ Etika batuk oleh individu bergejala

KKM sentiasa komited untuk memantau, mencegah dan mengawal penyakit Tibi bagi memastikan kesihatan rakyat terpelihara

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Jangkitan Tuberkulosis: Sentiasa Berwaspada Dan Amalkan Kesihatan Kendiri Sepanjang Ramadan
๐Ÿ“Œ Saksikan temu bual bersama YBrs. Dr. Ismuni bin Bohari, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan YBhg. Datoโ€™ Dr Hj Mat Zuki Mat Jaeb, Pakar Perunding Kanan Perubatan Respiratori, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) yang akan membicarakan dengan lebih lanjut berkenaan Tibi, hari ini.

Platform: Ruang Bicara BERNAMA ๐Ÿ“บ
Tarikh: 24 Februari 2026 (Selasa) ๐Ÿ—“๏ธ
Masa: 9:00 malam - 10:00 malam โฐ
Topik: Ancaman Tibi: Jangan Ambil Mudah

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
Hari Raya; Kukuhkan Silaturahim, Kukuhkan juga Imuniti Diri

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 2.30 hingga 3.30 petang bersama

Panel :

Dr. Wan Abdul Hannan bin Wan Ibadullah
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

Dr. Chandrika a/p Jeevananthan
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

๐ŸŽฏ Mata kredit CPD turut disediakan!

#MalaysiaSihat
๐Ÿ“ฃ๐–๐€๐’๐๐€๐ƒ๐€ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐’๐„๐Œ๐€๐’๐€ ๐Œ๐”๐’๐ˆ๐Œ ๐๐€๐๐€๐’ โ˜€๏ธ

Perhatian! kepada rakyat Kedah dan para perantau yang pulang ke kampung halaman, mohon peka dengan amaran cuaca semasa.

Suhu tinggi antara 35 hingga 40 darjah Celcius boleh mengundang risiko kesihatan yang serius.

Langkah Pencegahan:

โœ… Rancang waktu ziarah raya pada awal pagi, lewat petang atau malam.

โœ… Elakkan pendedahan terus kepada cahaya matahari dalam tempoh lama.

โœ… Sentiasa hidrasi badan dengan air secukupnya.

Sambut Syawal dengan kegembiraan, bukan dengan kstrok haba atau keletihan melampau.

Beraya secara sihat! ๐Ÿค

Sumber : FB Jabatan Kesihatan Negeri Kedah