CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
362K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Kesesakan di pusat pemindahan banjir boleh meningkatkan risiko jangkitan saluran pernafasan. Cegah jangkitan saluran pernafasan semasa banjir dengan

Elak berdekatan dengan mereka yang mempunyai simptom seperti batuk atau bersin
Amalkan etika batuk dan bersin yang betul
Jaga kebersihan diri dan persekitaran
Cuci tangan menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan
Gunakan tisu untuk membuang kahak
Asingkan mangsa banjir yang mempunyai gejala
Pakai pelitup muka jika bergejala atau berada di tempat sesak

Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah kesihatan.

Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir.

#MalaysiaSihat
Melioidosis disebabkan jangkitan bakteria Burkholderia Pseudomallei dan boleh menjangkiti manusia dan haiwan.
Individu boleh dijangkiti melalui pendedahan secara langsung dengan tanah atau air tercemar atau menyedut debu / titisan air yang tercemar.
Kepada petugas yang memberi bantuan semasa banjir, pakai peralatan perlindungan diri yang bersesuaian.
Dapatkan rawatan segera jika bergejala.
Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.
#MalaysiaSihat
Jangan lupa
Luangkan hanya 1 jam untuk bersihkan kawasan rumah & hapuskan tempat pembiakan nyamuk.

📸 Ambil gambar & kongsi di media sosial!

📢 Gunakan hashtag: #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #MalaysiaSihat
VIRUS NIPAH: KKM SIAPSIAGA HADAPI SEBARANG KEMUNGKINAN

Saya mengambil maklum laporan mengenai penularan jangkitan virus Nipah di India. Susulan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang memantau situasi secara proaktif dan berhubung terus dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi menentusahkan data epidemiologi terkini.

Ingin saya tegaskan, keselamatan rakyat dan negara adalah keutamaan yang tidak boleh dikompromi. Justeru, KKM telah meningkatkan tahap kesiapsiagaan di semua pintu masuk antarabangsa negara. Para 'gatekeepers' kita kini berada dalam mod berjaga-jaga (high alert):

Pemantauan tahap kesihatan yang ketat terhadap pengembara.
Protokol tindakan pantas (ready-to-act) bagi individu bergejala.
Pasukan Perubatan Kecemasan (EMT) bersedia sepenuhnya untuk diaktifkan.

Melalui pendekatan 'One Health', kita memantau rantaian antara manusia, haiwan, dan alam sekitar sebagai perisai pertahanan awal negara yang bersifat pencegahan (preventive).

Saya ingin meredakan kegusaran awam. Setiap langkah yang diambil KKM adalah berpandukan sains dan penilaian risiko (evidence-based), bukan khabar angin. Yakinlah bahawa sistem kesihatan awam kita adalah teguh (robust), teruji, dan bersedia melindungi anda.

Dapatkan info sahih, elak sebar berita palsu!

#KKMPrihatin #MalaysiaSihat #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Kesiapsiagaan Bagi Menghadapi Risiko Jangkitan Penyakit Nipah Di Malaysia
𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐊𝐈𝐓 𝐍𝐈𝐏𝐀𝐇
KKM sentiasa komited dalam memperkukuh langkah kesiapsiagaan negara bagi menghadapi risiko jangkitan penyakit Nipah, khususnya yang melibatkan potensi penularan rentas sempadan.
Kenyataan Media
Jabatan Kesihatan Negeri Johor
Kejadian Wabak Tuberkulosis Di Kota Tinggi, Johor
Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Johor @jknjohor
Batuk dah lebih 2 minggu tapi tak baik-baik juga? 😷
Jangan ambil mudah! Itu mungkin salah satu tanda awal Tuberkulosis (TB). Penyakit ini bukan sekadar batuk biasa. Ia berpunca daripada bakteria dan boleh membawa maut jika tidak dirawat.
Kenali tanda-tanda lain:
~Demam berpanjangan 🌡️
~Batuk berdarah 🩸
~Hilang selera makan 🍽️
~Susut berat badan secara mendadak ⚖️
TB mudah merebak melalui udara apabila pesakit batuk, bersin, atau berbual. Jika anda atau orang tersayang mempunyai simptom ini, segera ke klinik berdekatan untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal menyelamatkan nyawa!
#KKM #SihatMilikku #KesihatanAwam #MalaysiaMadani